KUALA LUMPUR 28 Feb. — Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan UMNO terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lepas, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.
Beliau berkata, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan UMNO dalam kejadian itu.
"Kalau betul kita (UMNO) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).
"Benda yang tiada, diada-adakan,” katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Walaubagaimana pun, keadaan sewaktu Himpunan Hijau yang diadakan di Kuantan, Pahang berjalan dengan baik dan aman.
Namun, terdapat sedikit masalah apabila beberapa orang peserta turut membawa kanak - kanak di Himpunan tersebut.
Pihak Polis hanya khuatir sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kanak - kanak terbabit seperti hilang atau pun diculik.