Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Tambah Infrastruktur Sekolah Perlukan Permohonan - MB Pahang


KUANTAN – Kerajaan Negeri meminta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Ming untuk membuat surat permohonan bagi membina padang sekolah itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, walaupun pelajar Cina lebih terdorong untuk bermain bola keranjang, namun kerajaan akan cuba mencari lokasi yang sesuai untuk membina padang bagi memenuhi keperluan pelajar.



“Pihak Kementerian Pelajaran dalam proses penilaian dan pemantauan bagi memastikan infrastruktur sekolah seperti padang permainan diperuntukkan dan diadakan.



“Justeru, kita akan cuba memenuhi permintaan itu sekiranya ia dirasakan perlu,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tuan Syed Muhammed Tuan Lonnik (Beserah-Pas) pada Sidang Dewan Undangan Negeri, semalam.



Sebelum itu Adnan turut menjawab soalan Datuk M. Davendran (Sabai-BN) tentang langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan semua sekolah di Negeri Pahang mempunyai padang permainan.



Katanya, bagi sesetengah kawasan sekolah yang tidak mempunyai kawasan padang yang luas untuk dijadikan atau ditukarkan kepada padang permainan, pihak sekolah digalakkan untuk menjalankan aktiviti di mana-mana padang yang bersebelahan dengan sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...