KUANTAN - Isu penyenaraian Felda Global Venture ke Pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur masih memerlukan penerangan lanjut daripada pihak Felda.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan berkata, pihak Felda perlu menjelaskan kepada pemimpin - pemimpin Peneroka Felda mengenai perkara ini terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.
"Kita tidak nafikan bahawa dengan penyenaraian FGV ini mampu membawa tambah nilai yang baik, tetapi penerangan perlu dijalankan terlebih dahulu," kata beliau yang ditemui baru - baru ini.
Tambah beliau, penyenaraian FGV ini banyak membawa kebaikan dan ianya perlu diapungkan ke bursa saham agar manfaatnya dapat dikongsi bersama dengan Peneroka - Peneroka Felda secara keseluruhannya.
"Penyenaraian FGV ini dapat membawa banyak kebaikkan termasuk mengumpul dana, menambah modal perniagaan dan mendapatkan penjenamaan yang lebih baik diperingkat antarabangsa."
Oleh yang demikian, beliau mencadangkan kepada pihak Felda agar sesi penerangan secara besar - besaran diadakan bagi pemahaman peneroka - peneroka Felda diperingkat akar umbi.
"Penerangan perlu dibuat dengan cara yang mudah difahami dan diterima oleh masyarakat Peneroka yang terbabit," katanya.
Pihak Kerajaan Negeri pula jelas beliau telah pun bersetuju supaya tanah Felda yang ingin disenaraikan ditambahkan tempoh pajakannya dari 60 tahun kepada 90 tahun.
Pihak Kerajaan Negeri pula jelas beliau telah pun bersetuju supaya tanah Felda yang ingin disenaraikan ditambahkan tempoh pajakannya dari 60 tahun kepada 90 tahun.