YAB Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau model Perumahan Rakyat 1Malaysia ketika ianya dilancarkan tempoh hari. |
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kertas kerja projek perumahan itu sudah disediakan dan dijangka dibentangkan kepada pada awal Januari tahun depan.
Menurutnya, cadangan pembinaan Rumah 1Malaysia itu tiada kaitan politik tetapi atas inisiatif bahawa orang muda kini sukar memiliki rumah kerana kenaikan harga rumah tinggi.
“Perancangan awal pembinaan rumah yang dijangka seluas kira-kira 1,000 kaki persegi membabitkan dua kawasan di daerah Kuantan iaitu Jaya Gading dan Gambang.
“Dua kawasan yang dikenal pasti itu membabitkan keluasan lebih 40 hektar dan boleh memuatkan sebanyak 700 unit rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ketua Kampung daerah Kuantan 2011 di sini, semalam.
Katanya, permohonan boleh dibuat melalui Unit Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri.