KOMEN: Perkara ini mungkin sudah menjadi satu lumrah baru dalam kehidupan serta amalan harian pemimpin - pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang sejak akhir - akhir ini.
Mereka sudah semakin jelas tidak tahu ke mana arah tuju yang harus mereka lalui dan tidak mempunyai kata sepakat dalam apa cara sekali pun.
Malah hubungan yang kononnya anjal seperti mana yang dinyatakan oleh Presiden PAS sebelum ini ternyata tidak seanjal mana. Terutama sekali dalam soal dasar perjuangan.
Sebagai contoh, PAS sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju sekiranya DAP meletakkan calon Melayu bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Tindakan tersebut dikatakan adalah sesuatu yang tidak wajar untuk dilakukan. Ianya digambarkan seperti mahu merampas kawasan yang disandang oleh PAS pada ketika ini.
Dalam kenyataan yang diucapkan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu menjelaskan, mereka tetap akan menolak tuntutan yang dikemukakan oleh DAP.
‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.
‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya kepada pemberita pada 8 Disember yang lalu.Kenyataan tersebut dilihat sebagai salah satu tindakan terdesak PAS untuk meraih semula sokongan orang - orang Melayu kepada parti mereka yang kian luntur saban hari.
Namun, pendirian itu berubah tidak sampai 12 hari selepas ianya dikeluarkan. Malah kata mereka, ianya tidak menjadi masalah kepada PAS untuk memberi laluan kepada DAP meletakkan calon dikalangan orang Melayu.
Kata mereka, hasrat PAS hanyalah untuk membersihkan imej yang sebelum ini dilabelkan sebagai Ektremis oleh masyarakat secara umumnya.
Dalam proses ini, mereka juga turut mengakui bahawa DAP banyak memainkan peranan bagi membantu mereka mencapai hasrat tersebut.
“Nak menang pilihan raya, Pas mesti bebas daripada imej pelampau dan DAP bebas daripada imej chauvinis,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.Ternyata, PAS hari ini bukanlah sebuah parti yang mahu menegakkan Islam tetapi sebaliknya mereka hanya mahukan sokongan demi merampas kuasa semata - mata.
Bagi mereka, apa yang lebih peting ialah membersihkan imej Ekstremis daripada terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.
Maka, benarlah kata Bekas Timbalan Presiden PAS sebelum ini. PAS semakin hari semakin pelik. Pelik kerana dasar perjuangan mereka juga sanggup digadai demi menraih undi dan sokongan semata - mata untuk kuasa sahaja. Bukan untuk Islam.
Komen ini ditulis bagi menyedarkan masyarakat terutamanya dikalangan ahli UMNO mengenai sikap bermuka - muka pemimpin Pakatan Pembangkang dalam mendapatkan kuasa.
Ianya tidak ada kena mengena dengan pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang secara langsung.