Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Usaha Felcra Pahang Kukuhkan Ekonomi Perlu Dipuji

YB Nurhidayah Binti Shahaimi, ADUN Luit
MARAN - Langkah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) negeri mengukuhkan sosioekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar dipuji kerana mampu mengubah kehidupan kumpulan berkenaan ke arah yang lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Nurhidayah Mohd. Shahaimi berkata, langkah itu selaras dengan misi Felcra untuk memajukan tanah terbiar milik individu dengan tanaman komoditi yang boleh dieksport.

Menurutnya, komitmen dan hala tuju agensi itu yang membangun dan memajukan tanah dengan kegiatan ekonomi komersial ternyata memberi keselesaan kepada golongan terbabit.

"Kejayaan Felcra ini secara langsung telah memberi mesej kepada pemilik tanah terbiar supaya mengusahakannya dengan aktiviti pertanian secara terancang.

"Mana-mana pemilik tanah terbiar yang tidak berupaya mengusahakannya boleh menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Felcra," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Berhad Gugusan Sentosa ke-16 di sini hari ini.

Yang turut hadir Eksekutif Pemasaran Felcra Berhad Pahang, Faizal Abdul Malik.

Sementara itu, Nurhidayah menyatakan keyakinan bahawa Felcra yang berpengalaman memajukan tanah terbiar di negeri ini mampu merancakkan ekonomi penduduk di luar bandar.

Beliau juga menyarankan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) supaya mengumpul data tanah terbiar di daerah ini dan berunding dengan Felcra untuk memajukannya dengan tanaman komersial.

"Saya percaya, ramai dalam kalangan pemilik tanah terbabit atau waris bersetuju untuk memajukannya dengan projek yang boleh mendatangkan hasil kepada mereka," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...