Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Program Aktiviti - Peserta Jerantut dan Bera Johan Qari serta Qariah Peringkat Negeri


KUANTAN - Imam Masjid dan guru agama masing-masing dinobatkan johan qari dan qariah bagi Tilawah al-Quran peringkat Pahang kali ke-57 semalam.

Ahmad Naeim Mohd @ Mat Isa, 27, Imam Masjid Al-Hidayah di Kelana Jaya yang mewakili daerah Jerantut berjaya mengatasi qari lain dengan memperoleh 84.17 markah sekaligus membawa pulang hadiah RM7,000 dan Piala Pusingan.


"Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini, kemenangan yang diperoleh malam ini adalah hasil tunjuk ajar guru-guru, doa ibu bapa dan sokongan daripada keluarga," katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Ahmad Naeim menyertai tilawah tersebut buat kali keempat.


Dalam pada itu, johan qariah, Nur Hafizah Ahmad Tajudin, 26, yang merupakan guru agama sebuah sekolah di Negeri Sembilan pula memperoleh 84.33 markah.

Mewakili daerah Bera, Nur Hafizah tidak menyangka dinobatkan sebagai johan pada penyertaan buat pertama kali dalam tilawah itu.


"Kejayaan itu diperoleh hasil doa ibu bapa dan didikan guru-guru...saya juga akan berusaha untuk memperkemaskan lagi bacaan bagi persediaan tilawah di peringkat kebangsaan nanti," katanya.

Wakil qari dari Bera, Jalaluddin Hashim menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 84 markah manakala tempat ketiga disandang qari Raub, Saharuddin Mohd Nor dengan 80.67 markah.


Siti Husna Hassan, qariah dari Bentong memenangi tempat kedua dengan markah 80.17 diikuti tempat ketiga Raudah Taib Jalil peserta dari Kuantan dengan 79.17 markah.

Johan qari dan qariah berkenaan akan mewakili negeri dalam Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Kuantan 13 hingga 17 Mei depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...