Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Sukan Dan Hiburan - CEO Sukma Gembira Kolam Renang Siap Dibina


KUANTAN - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, Ahmad Hairi Hussain hari ini bertindak terjun ke kolam renang kerana terlalu gembira setelah gelanggang temasya dwi-tahunan itu siap dinaik taraf.
Kompleks Kolam Renang Bandar Indera Mahkota yang menjadi gelanggang terakhir  siap dinaik taraf untuk temasya itu, akan menjadi venue bagi acara akuatik pada Sukma ke-15 dan sebelum ini tertangguh beberapa kali dalam kerja-kerja pengubahsuaian.
"Ini merupakan venue terakhir (disiapkan) yang diserahkan kepada Sekretariat Sukma.
"Kompleks kolam renang ini sepatutnya siap 30 Mei lepas tetapi dianjak tarikh siap kepada 20 Jun lepas, namun masih tergendala sebelum siap sepenuhnya hari ini.
"Kelewatan venue berkenaan disebabkan beberapa faktor seperti keadaan cuaca dan barangan yang diimport untuk kerja-kerja pembinaan lewat sampai," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Ahmad Hairi yang berpakaian T-shirt dan seluar panjang terjun ke kolam renang berkenaan sebagai tanda gembira setelah kesemua 22 venue acara sukan temasya itu siap sepenuhnya.
"Kos menaik taraf dan pengubahsuaian venue melibatkan sebanyak RM21 juta. Semalam, dua venue iaitu gelanggang ekuestrian dan lapang sasar menembak juga telah diserahkan kepada Sekretariat Sukma," katanya.
Beliau berkata, Sukma kali ini bakal melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM238 juta termasuk kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf gelanggang serta pembelian peralatan pertandingan.
"Pihak sekretariat berpuas hati dengan persediaan yang telah dibuat bagi menghadapi Sukma nanti," katanya. 
Ahmad Hairi berkata, sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk promosi dan publisiti temasya berkenaan.
Majlis perasmian Sukma ke-15 akan disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur pada 7 Julai bermula pukul 8 malam.
Acara penutup pula dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Julai.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ab Jalil Abdullah yakin Pahang yang pernah menjadi tuan rumah temasya itu pada 1996, mampu menganjurkan kejohanan edisi ke-15 itu dengan lebih berjaya.
Sebanyak 24 acara dipertandingkan pada temasya kali ini yang menawarkan 369 pingat emas dengan penyertaan seramai 5,828 atlet dan pegawai.
Selain Kuantan, Sukma ke-15 akan diadakan di dua daerah lain iaitu Pekan bagi acara angkat berat dan Temerloh untuk acara basikal dan silat. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...