You Are Here: Home - Berita Negeri - Keadaan EXCO Pahang Kembali Stabil
TEMERLOH - Keadaan Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak yang dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pada Jumaat lepas kini dilaporkan stabil.
Menurut anak saudaranya, Saiful Azman Mokhtar Affendi, bapa saudaranya itu yang masih dirawat di unit rawatan rapi kini sudah boleh memberikan tindak balas.
"Doktor memaklumkan beliau dalam keadaan stabil dan boleh memberikan tindak balas dengan menggerak-gerakkan tangannya," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Tan Mohd Aminuddin dimasukkan ke wad unit rawatan rapi hospital itu pada 11 pagi selepas mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.
"Pagi tadi bapa saudara sudah boleh menggerakkan tangan dan apabila dipanggil nama ada maklum balas dan bersyukur keadaannya semakin stabil dan bertambah baik.

