![]() |
| Menteri Besar Pahang, Dato Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob bersama rakyat menanti ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyidin Yassin di Cameron Highland |
Beliau juga meminta supaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji-janji pihak parti pembangkang yang ternyata tidak pernah mampu ditunaikan.
"Parti pembangkang bila berjanji, tidak ditunaikan, di Selangor misalnya, dalam lawatan saya sebelum ini, mereka (rakyat di Selangor) kata mereka akan sokong dan pangkah BN semula. Mereka dah tak sabar menunggu pilihan raya.
"Jadi kita jangan buat kesilapan seperti apa yang berlaku pada pilihan raya umum lepas, tidak ada perjuangan yang berteraskan rakyat selain perjuangan Barisan Nasional, " katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di sini.
Muhyiddin berkata kepimpinan kerajaan BN kini giat turun padang bagi menyelesaikan segala permasalahan penduduk setempat.
"Saya lihat orang Melayu sudah kembali semula (sokong BN), orang India juga bersama kita, orang kata kaum Cina tak sokong, itu tidak betul, di Pulau Pinang semasa saya ke sana baru-baru ini, lebih 30,000 kaum Cina hadir (dalam program bersama beliau)," katanya.
Beliau berkata pihak pembangkang kini semakin mudah membuat pelbagai janji termasuk "bulan dan bintang", namun hakikatnya mereka gagal melaksanakan janji-janji yang mereka buat sebelum berkuasa di beberapa buah negeri.
"Kita berjanji akan banyak lagi perkara boleh dibuat untuk rakyat, dalam tempoh tiga tahun ini, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai program transformasi dan bantuan untuk rakyat," katanya.
Majlis berkenaan yang dihadiri lebih 5,000 orang itu, turut berlangsung tanpa protokol seperti majlis sebelum ini yang melibatkan kepimpinan kerajaan.
Tanpa paluan kompang, pentas yang gah, karpet merah dan kerusi empuk untuk tetamu kenamaan, Muhyiddin yang berucap pada majlis berkenaan ternyata amat gembira dengan cara pelaksanaan majlis berkenaan.
"Tak ada pentas, tak ada karpet merah, saya pun duduk atas kerusi seperti tuan-tuan," katanya.
Pada majlis itu beliau turut mengumumkan peruntukan RM6 juta, termasuk bagi pembinaan masjid baru Kampung Sempam, di sini yang berharga RM3 juta, dan selebihnya peruntukan untuk projek-projek pembangunan di daerah Raub.


