![]() |
| ISMAIL Sabri Yaakob memotong riben sebagai tanda merasmikan Kedai Koperasi 1Malaysia yang dikendalikan oleh Koperasi Masjid Al-Fikri di Bera |
Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan koperasi terbabit secara tidak langsung akan menggiatkan ekonomi umat Islam sekaligus masjid mendapat sumber kewangan bagi menjalankan kegiatan ataupun aktiviti keagamaan untuk anggota kariah.
Sehingga kini, katanya, lebih 300 buah masjid menubuhkan koperasi tersebut termasuk 20 buah di Pahang dengan bilangan ahli lebih 5,000 orang.
Katanya, banyak peluang yang boleh diceburi koperasi terbabit antaranya pembekalan kitab dan buku-buku agama, peralatan bagi mengerjakan ibadah haji, bekalan barangan runcit, katering dan peralatan kenduri atau khemah.
"Bidang-bidang lain ialah pengangkutan, kontrak, kelas tuisyen, perniagaan petrol dan sebagainya," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.


