![]() |
| Gambar Hiasan |
JERANTUT - Seramai 25 kanak-kanak dan remaja menyertai majlis khatam al-Quran anjuran Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu Damak, dekat sini semalam.
Ketua Kampung Melayu Damak, Razlan Pasadi berkata, program berkenaan juga mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Kampung Melayu Damak sempena pengisian cuti persekolahan dan mengimarahkan masjid dengan kegiatan bacaan al-Quran dan kelas fardu ain.
''Kita melaksanakan bacaan al-Quran membabitkan kanak-kanak dan remaja di masjid kampung ini dengan bantuan ahli jawatankuasa masjid dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),'' katanya di sini.
Katanya, mereka yang selesai membaca 30 juzuk dalam tempoh dua minggu ini diraikan menerusi majlis khatam al-Quran dan kenduri doa selamat.
Program ini juga secara tidak langsung menggalakkan kanak - kanak dan remaja khususnya agar mereka celik Al - Qur'an.


