Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - YP Peruntukkan RM80juta Bantu Pelajar


RAUB - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM80 juta tahun ini bagi membiayai pendidikan pelajar miskin dan cemerlang serta pemberian biasiswa bagi mereka yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, peruntukan itu yang disalurkan melalui Yayasan Pahang (YP) membuktikan kerajaan prihatin bagi memastikan semua rakyat mendapat pendidikan.

Tambahnya, melalui bantuan tersebut, kerajaan berharap para pelajar terutamanya dari keluarga miskin belajar bersungguh-sungguh bagi mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

''Tahun lalu sahaja YP membelanjakan lebih RM60 juta untuk membantu pelajar miskin dan cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan sekolah rendah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...