Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Rekod Pelaburan Pahang Cemerlang


KUANTANKritik atau tidak, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan disebalik Pahang – sebuah negeri di pantai timur yang dilihat agak terkebelakang daripada segi kemasukan pelaburan terus asing (FDI) dan pelaburan terus tempatan (DDI); memiliki rekod yang agak cemerlang juga dalam hal berkenaan.

Ini disebalik Dato’ Sri DiRaja Adnan sendiri sering mengakui yang beliaulah Menteri Besar yang paling sedikit ke luar negara bagi mengetuai siri-siri misi menarik pelaburan asing ke negeri ini.

Sebaliknya, Pahang katanya, lebih gemar menghantar pegawai-pegawainya menyertai secara ‘piggy-riding’ dalam misi pelaburan anjuran agensi Kerajaan Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).   

Diam tak diam, kemasukan pelaburan-pelaburan tersebut ke Pahang ialah pada purata RM1,200 juta setahun dalam tempoh 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini. 

Pada tahun lepas (2011) sahaja sehinggalah Januari tahun ini, Pahang mencatatkan kemasukan pelaburan kira-kira RM6,020 juta!  

Antara penyumbang terbesar kepada angka ini ialah pelaburan baharu kira-kira RM1,300 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd – pengeluar bahan bagi keperluan pelbagai industri daripada logam tanah jarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...