KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang memiliki aliran pelaburan yang stabil sama ada dalam sektor tempatan mahupun luar Negara.
Dengan kadar 1.5 hingga 2 billion setiap tahun, perkembangan ekonomi Negari dijangka bakal membangun dimasa akan datang.
Demikian yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Pahang dalam ucaptama yang disampaikan sempena Konvensyen Ekonomi Negeri baru - baru ini.
Disamping itu juga, YAB Dato' Sri Diraja turut mengingatkan bahawa walaupun keluasan tanah Negeri Pahang adalah sebanyak 3.6juta hektar, yang boleh digunapakai hanya sebanyak 3 peratus sahaja.
Penjagaan tanah - tanah in menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri bagi memelihara ekosistem sedia ada seperti Taman Negara, Hutan Simpan, dan kawasan tadahan hujan.
Memandangkan perkara ini penting kerana Negeri Pahang menjadi salah satu Negeri yang membekalkan air mentah kepada Negeri - Negeri yang bersempadan dengannya.
Kadar kemiskinan tegar dikalangan rakyat Negeri Pahang juga telah berjaya dikurangkan kepada 0.26 peratus berbanding dengan tahun lalu.
Manakala Yayasan Pahang pula sejak tahun 1983 sehingga ke hari ini telah membelanjakan sebanyak 648.1juta untuk program biasiswa kepada para pelajar.
Seramai 600ribu orang pelajar juga telah mendapat faedah daripada perbelanjaan tersebut.
Lebih membanggakan ialah apabila Yayasan pahang tidak lagi menerima sebarang geran daripada Kerajaan Negeri sejak 5 tahun yang lalu.