Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Pahang Amalkan 'Business Friendly' - MB Pahang


KUANTAN - Dato’ Sri DiRaja Adnan diminta mengulas mengenai konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini berkata, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri menganjurkan konvensyen ini sebagai usaha lanjutan untuk menjayakan ETP di peringkat negeri ini pula.

Ke arah itu juga katanya, konvensyen ini bertujuan untuk mendapatkan input dan juga maklumat balas dari semua ‘stakeholders’ iaitu semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam hal pelaburan di negeri Pahang ini.

“(Konvensyen ini juga bertujuan) untuk kita menunjukkan bahawa kita telah mengamalkan sikap ‘business-friendly’ dan dengan demikian kita berharap akan lebih banyak lagi pelabur datang melabur di negeri Pahang sama ada pelabur dari luar negeri ataupun pelabur tempatan,” katanya.

Oleh itulah katanya lagi, beliau mengalu-alukan apa juga pandangan termasuklah yang menunjukkan kekuatan mahupun kelemahan kerajaan dalam memacu kemajuan ekonomi di negeri ini demi kesejahteraan rakyat-jelata.

“Kita tidak mahu kata-kata atau ucapan yang semata-mata mengampu ataupun mengeluarkan puji-pujian. Tapi kalau boleh, kalau ada pujian tu pujilah juga. Kalau dua hari kita berkonvensyen, dua hari kerajaan kena kritik , tak ada apa yang dibuat yang dikatakan betul maka kita akan berasa lemah semangat juga,”katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...