Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa , UTAMA - Sekolah Menengah Sains Satu Tindakan Afirmatif - MB Pahang


KUANTAN - Jika dilihat dari sejarah, penubuhan Sekolah Menengah Sains diadakan kerana Kerajaan pada ketika itu membuat satu tindakan yang afirmatif.

Dalam bidang profesional, khususnya bidang kedoktoran dan kejuruteraan kurang dikalangan orang Melayu sehingga ke hari ini.

Oleh sebab itu, pihak Kerajaan telah mengambil tindakan yang drastik dan dipersetujui bersama oleh rakan - rakan yang berada dalam Kerajaan ketika itu.

Demikian yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Pahang sewaktu ucapan sempena Majlis Jamuan Malam Semarak Bersama Pemimpin baru - baru ini.

Tambah beliau, keadah bagi mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengadakan Sekolah Menengah Sains.

"Inilah satu cara bagaimana orang - orang Melayu pada masa itu dapat menikmati peluang pendidikan yang agak istimewa tanpa berkompromi dengan mutu dan juga tahap pelajaran para pelajar.

Kita bayangkan kalaulah tidak ada sekolah menengah sains ini sebagai contohnya, saya tidak percaya orang Melayu akan mampu meneruskan pembelajaran dalam bidang yang sangat profesional ini," jelas beliau dalam Majlis tersebut.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Timbalan ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengetua - Pengetua Sekolah Menengah Sains, wakil - wakil rakyat, guru - guru serta pelajar Sekolah Menengah Sains dari dalam dan luar Negeri Pahang.

Beliau juga turut mengingatkan kepada para pelajar dan guru - guru serta para pegawai agar jangan setakat pergi ke sekolah dan belajar sahaja.

"Kita juga perlu ingat dari mana asal kita. Tanpa pandangan jauh dari pemimpin - pemimpin terdahulu, saya juga tidak percaya kita dapat capai kepada akses pembelajaran sekarang hari ini," kata beliau lagi.

Jelas, dengan wujudnya sekolah ini, ramai dikalangan para pelajar berjaya dalam bidang masing - masing terutama dalam bidang profesional seperti doktor, jurutera, akautan, saitis dan sebagainya.

"Saya juga turut ingin anak - anak agar mengambil peluang ini dan jangan diabaikan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...