Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Perangi Dakyah Pembangkang


JERANTUT 26 Feb. - Para peneroka Felda di negeri ini perlu menangkis dakyah pembangkang yang dilihat mahu memecahbelahkan penduduk di tanah rancangan dengan memainkan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Shafie Abdullah berkata, golongan itu kerap memberi pandangan negatif untuk menghasut dan membantutkan usaha kerajaan negeri dan Felda memajukan peneroka.

"Memang karut sama sekali dakwaan pihak berkenaan yang Felda akan mengalami defisit RM1.5 bilion jika penyenaraian FGVH dilaksanakan.

"Tidak mungkin Felda sebagai sebuah konglomerat di negara ini mengkhianati organisasi berkenaan dan semua peneroka menerusi penyenaraian itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Hari Perhimpunan dan Sukan Komuniti Generasi Baharu Warga Felda serta Pelancaran Score-Card Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut di Felda Padang Piol, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak; Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Shaari Din dan Pengurus Felda Padang Piol , Shafie Embong.

Menurut Shafie, dakwaan itu seolah-olah merendahkan kredibiliti dan integriti Felda yang berusaha memacu program transformasi sosial menerusi kajian teliti serta kolaborasi dengan agensi kerajaan, persatuan peneroka dan bank antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya, peneroka Felda dinasihatkan tidak terikut permainan kotor politik pembangkang kerana syarikat milik Felda itu merupakan hak orang Melayu yang akan terus dipelihara.

"Kerajaan akan terus menjaga kebajikan peneroka dan tidak sesekali meminggirkan mereka. Sudah terbukti apabila peneroka hari ini banyak menikmati perubahan taraf hidup," ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...