Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - galeri , Program Aktiviti , UTAMA - Sambutan Hari Belia Peringkat negeri..


Kemesraan Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dengan rakyat-jelata termasuk belia, memang sudah lama terjalin dan terserlah.

Jalinan kemesraan itu sama ada menerusi hubungan semuka antara kedua-duanya, atau menerusi dasar-dasar dan program-program pembangunan yang Kerajaan Negeri pimpinannya perkenal dan laksanakan, yang memberi manfaat langsung dan tidak langsung kepada golongan itu.

Ini wajar bukan sahaja kerana belia – yang berusia antara 15 dan 40 tahun, ialahgolongan usia paling ramai di negara dan negeri ini dengan membentuk kira-kira 42 peratus daripada penduduk negara dan negeri;

Malah, inilah golongan pelapis kepada kepemimpinan negara dan negeri pada masa depan. Benar sangatlah frasa yang telah sekian lama diterima-pakai dalam masyarakat kita betapa, 'Belia Tiang Negara'.

Sambutan Hari Belia Negara yang diadakan setiap tahun, sekadar menyerlahkan lagi kepentingan golongan usia ini yang di peringkat negeri ini, telah dilancarkanoleh Dato' Sri DiRaja Adnan sendiri, pada pagi Ahad, 15 Mei di sini.

0 comments

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...