Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa , UTAMA - Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 adalah GAGAL


Anjuran perhimpunan haram Bersih gagal kata penganalisa politik.

Bersih dianggap gagal kerana hanya 5,000 penyokong mereka berada di jalanan menjalankan demonstrasi.

Jumlah itu hanyalah 0.01 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia dan jumlah itu amat kecil untuk membentuk suara sebenar rakyat.

"26.99 juta lagi rakyat menyokong pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau menerima sistem pentadbiran negara masih telus dan yakin dengan kepimpinan yang sedia ada.

"Mereka tahu rakyat mempunyai suara dalam pilihan raya umum dan ia sudah terbukti pada pilihan raya umum 2008, lima negeri pergi ke pembangkang, BN hanya peroleh majoriti mudah sahaja.

"Itu sudah cukup untuk rakyat yakin. Dan usaha pembangkang Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan S. Ambiga hanyalah untuk gimik politik," kata seorang pemerhati politik.

Beliau berkata mereka ingin melihat reaksi rakyat terhadap sokongan mereka kepada pembangkang dan Bersih gagal mendapat sokongan yang diharapkan.

Bersih hanya berlaku di Kuala Lumpur tidak di seluruh negara, ia bukti lagi Bersih gagal.

Katanya, pembangkang juga gagal mencari perjuangan mereka.

"Ia adalah petanda pembangkang akan kehilangan banyak negeri yang dikuasainya," katanya

0 comments

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...